Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah warga UniMAP tidak cepat selesa dengan pencapaian

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis titah warga UniMAP tidak cepat selesa dengan pencapaian

Raja Muda Perlis titah warga UniMAP tidak cepat selesa dengan pencapaian

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 17 March 2023 11:46

ARAU, 15 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru warga universiti itu supaya tidak cepat selesa dengan pencapaian sedia ada dan mengabaikan strategi yang telah direncanakan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada tahun ini, baginda ingin melihat UniMAP memperbanyak kajian atau penyelidikan berimpak tinggi kerana dapat membantu menaikkan nama universiti sekali gus meningkatkan kelangsungan pendidikan masa hadapan khususnya menerusi penghasilan jurnal berimpak tinggi.

“Pengurusan UniMAP harus meningkatkan keupayaan dan kepercayaan dengan menggandakan usaha kebajikan dan menambah baik fasiliti agar kebajikan pelajar terjaga,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh UniMAP hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) 2022 UniMAP semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Baginda bertitah UniMAP perlu meningkatkan keterlihatan menerusi media sosial dan media massa kerana maklumat positif dan kejayaan UniMAP mampu mempengaruhi masyarakat berkaitan universiti itu yang secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar.

Sementara itu, Zaliman dalam kenyataan sama berkata ASG adalah satu daripada manifestasi UniMAP dalam menzahirkan pengiktirafan dan penghargaan atas kecemerlangan perkhidmatan dan sumbangan warga kerja universiti itu kepada universiti.

“Sekalipun ganjarannya mungkin tidak seberapa, saya yakin penganugerahan ini meninggalkan kenangan yang amat bermakna buat semua sepanjang berada di UniMAP,” katanya.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE