Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 20 March 2023 07:40

TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan zakat perniagaan berjumlah RM319,464.18 kepada Perlis melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berdasarkan jumlah pendapatan dan keuntungan operasi syarikat berkenaan pada tahun 2021.

Cek replika tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Perlis di Masjid As-Shahrani Behor Lateh, Kangar.

Cek replika tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Perlis di Masjid As-Shahrani Behor Lateh, Kangar.

Hadir sama CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Setakat ini jumlah pembayaran zakat oleh TNB untuk Perlis sebanyak RM5.2 juta bagi tempoh dari tahun 2016 sehingga 2021.

Jelas Datuk Indera Baharin, pada tahun 2021, TNB telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM14.06 juta untuk diagihkan kepada semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Pecahan pengagihan wang zakat perniagaan TNB ini adalah berdasarkan kepada 60 peratus jumlah bagi fakir miskin di setiap negeri, 20 peratus jumlah pengguna dan 20 peratus lagi daripada kapasiti penjanaan,” katanya.

 

 

Tambahnya, sesungguhnya dengan sokongan Raja Muda telah mencetuskan semangat kepada beliau serta sekalian warga kerja TNB untuk terus menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya kepada rakyat Perlis.

 

Di majlis yang sama Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Behor Lateh dan juga Kampung Bangsal Lebah.

Masing-masing menerima RM700 daripada Baginda.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE