Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP lancar Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18)

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
UniMAP lancar Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18)

UniMAP lancar Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18)

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 20 March 2023 07:47

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) memulakan langkah untuk memperkenalkan sukan teqball di Malaysia khususnya Perlis ekoran pelancaran Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (B18), di Pusat Teratak Jagaan Rahmat, Jalan Mata Ayer, Arau.

Kejohanan yang pertama kali diperkenalkan di sekolah menengah itu adalah hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Teqball Negeri Perlis dan UniMAP.

 

 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP merangkap Pengerusi Persatuan Teqball Negeri Perlis, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, kejohanan ini akan dilaksanakan selepas Aidilfitri untuk memilih bakat-bakat baharu bagi mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Malah selepas ini kita akan memperluaskan lagi sukan teqball agar dikenali ke seluruh negara dan UniMAP serta Perlis adalah perintis sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Majlis tersebut berkenan disaksikan oleh Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Ir. Baharin Din; Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis (JPN), Naharudeen Othman dan Pengurus Besar TNB State Stake Holder Kedah/Perlis, Wan Ishak bin Soed.

Tambah Prof. Dr. Mohd Fo’ad, TNB telah menyumbang sebanyak RM3000 untuk tujuan penganjuran kejohanan teqball tersebut.

“Selain replika cek, pihak TNB yang diwakili oleh Datuk Indera Ir. Baharin turut menyerahkan piala pusingan kepada kami,” katanya.

Dalam majlis sama, turut diadakan pertunjukan permainan teqball antara staf Pusat Sukan dan Rekreasi UniMAP bersama Kelab Kilat TNB Perlis.

Untuk rekod, UniMAP pernah dipilih sebagai lokasi Pusat Latihan Persediaan Kejohanan Asia Beach Game selama enam bulan bermula pertengahan November hingga April 2021 lalu.

Bagi yang belum mengenali sukan teqball ini, ia adalah gabungan dua sukan iaitu ping pong dan bola sepak yang menggunakan meja melengkung. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE