Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pasukan Perlis Ungguli Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pasukan Perlis Ungguli Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023

Pasukan Perlis Ungguli Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mac 2023 15:43

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan setinggi tahniah buat pasukan woodball Perlis kerana merangkul majoriti johan pada Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023.

 

Kejohanan siri 1 Sirkit Woodball Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Woodball Pulau Pinang ini diadakan di Vision Park, Kepala Batas dari 10 hingga 13 Mac lalu.

Baginda selaku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) dalam titah menyarankan PWNPs memastikan setiap pemain woodballnya terus mengasah bakat secara konsisten bagi mengharumkan Perlis, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi mampu melahirkan pemain berdaya saing mengharumkan nama negara kelak.

 

Dalam kenyataan PWNPs, Presidennya, Datuk Kamarudin Hussin mempersembah maklum kepada Baginda berhubung kejayaan pemain woodball Perlis di mana menjadi Johan dalam 7 daripada 14 kategori yang dipertandingkan.

Pasukan Perlis A menjadi Juara kategori Berpasukan Terbuka Wanita yang diwakili Diyana Mohd Reffal, Nor Rinda Ramli, Asmawana Aziz dan Qistina Mohd Reffal.

Juara bagi kategori Berpasukan Terbuka Lelaki pula diwakili Khairuazree Sahabudin, Azhar Abdul Wahab, Hasfizal Samad dan Mohd Fahimi Abdullah dan naib johan dimenangi pasukan Perlis C juga oleh Mohd Faizal Othman, Suhaimi Ahmad, Zulkifli Said dan Abu Hassan Adam.

Pasukan Perlis A turut mendapat naib johan dalam kategori Beregu Terbuka Wanita yang terdiri daripada Qistina Mohd Reffal dan Nor Rinda Ramli.

Bagi kategori Beregu Terbuka Lelaki, Perlis Titan A menjadi johan terdiri dari Azhar Abdul Wahab dan Hasfizal Samad dan naib johan oleh pasukan Perlis D iaitu Azizan Zainol dan Aznynizan Sabu@Abd Razak.

Perseorangan Terbuka Wanita dimenangi oleh Qistina Mohd Reffal sebagai naib johan dan Johan Perseorangan Terbuka Lelaki disandang Khairuazree Sahabudin.

Bagi kategori Beregu Remaja Perempuan pula, Perlis A yang diwakili oleh Anis Humaira Jasni dan Emylen Sofea Mohd Shukri mendapat naib johan.

Johan untuk kategori Beregu Remaja Lelaki disandang pasukan UiTM Perlis yang diwakili oleh Muhammad Azim Shaqil Azizan dan Muhammad Aiman Haizad Ariff Fadilah.

Johan bagi kategori Perseorangan Remaja Lelaki Bawah 21 Tahun telah dimenangi oleh Muhammad Aiman Haizad Ariff Fadilah dari UiTM Perlis.

Naib johan bagi kategori sama telah dirangkul oleh Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin yang juga merupakan pemain remaja Perlis.

Nur Damia Alisya Rosmanizan dari UiTM Perlis turut menjadi johan dalam kategori Perseorangan Remaja Perempuan Bawah 15 Tahun.

Pemain veteran Perlis, Faridah Din berjaya mendapat kedudukan naib johan bagi kategori Veteran Wanita.

Bagi Pertandingan Master-Grand Final Sirkit Kebangsaan 2022 yang lalu, pemain Perlis berjaya mendapat tempat dan menduduki ranking tertinggi.

Johan bagi Ranking Terbuka Lelaki dimenangi oleh Zulkifli Said dan naib johan adalah Suhaimi Ahmad. Manakala Asmawana Aziz mendapat naib johan dalam Ranking Terbuka Wanita.

Johan Ranking Remaja Lelaki adalah Adam Mukhriz Azny Nizam dan naib johan adalah Amsyar Sirhan Sirhan Saifullah Saharruddin.

Emylen Sofea Mohd Sukri berjaya mendapat naib johan dalam Ranking Remaja Perempuan.

Seramai 22 orang pemain dari Perlis terdiri daripada 8 pemain Terbuka Lelaki, 9 Terbuka Wanita, 3 Remaja Lelaki dan 2 Remaja Perempuan akan mewakili Malaysia kelak ke Kejohanan Woodball ‘Malaysia Open’ yang bakal berlangsung pada 26 hingga 31 Julai 2023 di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Pahang.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE