Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Setiap Pihak Perlu Bersama-Sama Jaga Keindahan Negeri – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Setiap Pihak Perlu Bersama-Sama Jaga Keindahan Negeri – Raja Muda Perlis

Setiap Pihak Perlu Bersama-Sama Jaga Keindahan Negeri – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Mac 2023 16:00

KANGAR: Setiap pihak perlu bersama-sama mengambil tanggungjawab bagi menjaga keindahan negeri ini dengan mencorakkan diri mereka sebagai rakyat bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha bagi memelihara keindahan negeri ini termasuklah dengan menjaga kemudahan insfrastruktur dan fasiliti yang telah disediakan.

“Kita juga seharusnya bersama-sama memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kekayaan budi bahasa rakyat negeri ini terus diperkukuhkan,” titah baginda selepas berkenan berangkat singgah meninjau operasi Bukit Tau Advanture Park di Jalan Padang Lati, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda turut diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim dan disambut oleh pengusaha Bukit Tau Advanture Park, Suhair Yaacob.

Kunjungan Tuanku Syed Faizuddin ke kawasan itu adalah merupakan sebahagian daripada Program Kayuhan Berbasikal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli.

Menerusi program kayuhan itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan singgah di tiga lokasi rumah kediaman asnaf terpilih sekitar Kampung Darat, di sini.

Tiga asnaf berkenaan, Abdul Hamid Dahman, 57, Yahaya Mat, 80 dan Che Mohamad Shahimi Che Pa, 42, masing-masing turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM700 daripada MAIPs yang disampaikan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE