Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis tetapkan kadar fitrah RM7

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Perlis tetapkan kadar fitrah RM7

Perlis tetapkan kadar fitrah RM7

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 22 March 2023 14:56

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah bagi negeri Perlis kekal pada kadar RM7.

Kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri.

“Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang Dipertua MAIPs.

 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor menambah bahawa setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungan-tanggungannya.

“Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs www.maips.gov.my.,” terang beliau. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE