Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KONVENSYEN MADINAH @ PERLIS BAKAL BERLANGSUNG TAHUN DEPAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

KONVENSYEN MADINAH @ PERLIS BAKAL BERLANGSUNG TAHUN DEPAN

/ Archive MAIPs / Thursday, 22 December 2016 08:28

KUALA LUMPUR, 22 Dis 2016 (KHAMIS) - Konvensyen Madinah @ Perlis 2017 yang dijadualkan selama tiga hari tahun depan akan menyaksikan para pelajar Malaysia di Madinah berganding tenaga membuktikan kebolehan mereka menjayakan siri ceramah selepas Maghrib di 100 buah masjid di Perlis. 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah konvensyen itu yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Perlis Madinah dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan berlangsung pada cuti semester panjang pada tarikh yang akan dikenal pasti antara bulan Jun dan September.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah demikian selepas menyerahkan agihan zakat MAIPs untuk asnaf Ibnu Sabil (musafir terkandas) sebanyak RM10,000 yang diamanahkan kepada
pejabat Konsulat Malaysia di Jeddah, hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat menerima sumbangan itu pada majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah konvensyen yang dicadangkan itu mendapat sokongan padu daripada Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lancar.

Konvensyen itu bukan sahaja membabitkan pelajar Perlis tetapi turut mengundang para pelajar seluruh negara yang menuntut di Madinah dan sedang bercuti di negara ini.

Perancangan juga sedang dirangka bagi mewujudkan skim latihan ketika bercuti bagi para pelajar Perlis di Madinah yang mana beberapa orang pelajar akan dipilih untuk ditempatkan di beberapa institusi di bawah naungan MAIPs sebagai projek perintis.

Jika skim itu memberi impak positif, ia mungkin diperluaskan kepada para pelajar Perlis yang bukan sahaja sedang menuntut di Madinah malah di negara lain dan yang menuntut di institusi tempatan.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan tiga anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Turut hadir Ketua Unit Kutipan Dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE