Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

DYTM Raja Muda Perlis Menyampaikan Sumbangan kepada Konsul Jeneral Malaysia

/ Archive MAIPs / Ahad, 25 Disember 2016 08:28

DUBAI, 25 Dis 2016 (AHAD) -  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Yubazlan Yusof (dua, kanan) untuk diagih kepada asnaf Ibnu Sabil pada majlis ringkas yang berlangsung di bilik Al Majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebelum berangkat pulang ke tanah air hari ini.

Turut hadir Ketua Canselori Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai Neermal a/l Shunmugan (kiri), usahawan Hesham Hafeez (dua, kiri) dan Pengarah Serantau Pendidikan Timur Tengah, Asia Tengah dan Asoa Selatan Shushilil Azam Shuib (kanan).

Sumbangan berjumlah RM10,000 itu antara lain akan digunakan bagi membantu musafir terkandas dan membantu para pelajar Malaysia terutama rakyat Perlis yang terputus bekalan kewangan dengan syarat mereka menyediakan dokumen sokongan yang kukuh yang boleh dikemukakan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai yang diamanahkan MAIPs melakukan agihan itu. 

Baginda yang juga Yang diPertua MAIPs yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama tiga anakanda baginda singgah di Dubai dalam perjalanan pulang menunaikan umrah. 

Sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap Duta Besar Malaysia ke Emeriyah Arab Bersatu (UAE) Datuk Anwar Adnan.

Sumber daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.