Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Lancar Promosi Masakan Perlis Di Selatan Thai

/ Archive MAIPs / Isnin, 09 Januari 2017 09:28

PHANG NGA (Selatan Thai), 9 Jan 2017 (ISNIN) -  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam melancarkan promosi masakan Perlis di Restoran Panyee Muteara Seafood, Pulau Panyee di sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Majlis turut dihadiri Naib Gabenor Wilayah Phang Nga, Ekkarat Leesen. Promosi itu adalah anjuran restoran tersebut bersempena program 'Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis' (MAIPs) ke Wilayah Andaman dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Pejabat Tourism Malaysia Perlis dan Restoran Shamiza Kampung Gial, Arau.

Pulau Panyee merupakan destinasi keenam promosi tersebut dilancarkan oleh Tuanku Syed Faizuddin selepas Songkhla, Hat Yai, Satun, Krabi dan Phuket.

Antara menu yang dipromosikan ialah kurma daging Bukit Keteri, pekasam goreng Timah Tasoh, kari ketam dan nanas Sungai Baharu, ayam masak rose Wang Burma, pajeri nanas Sungai Batu Pahat serta gulai tulang dan rebung Tambun Tulang.

Baginda turut menyerahkan sumbangan YTSP Perlis sebanyak RM2,000 untuk membantu pelajar miskin di Pulau Panyee serta sumbangan RM20,000 kepada Tabung Pembinaan Sekolah Agama Panyee Darussalam.

Malam tadi bagianda melancarkan promosi sama di Hotel Twin Lotus, Nakhon Si Thammarat bersempena 'Malam Puisi Islam' anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama MAIPs yang dihadiri kepimpinan komuniti Islam tempatan serta Naib Gabenor Wilayah Nakon Si Thammarat, Sakon Jantarak dan Ketua Polis, Adisa Tepwan.

Sumber daripada  BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.