Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pertahan Perpaduan Islam - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pertahan Perpaduan Islam - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Isnin, 09 Januari 2017 10:28

NAKHON SI THAMMARAT, THAILAND 9 Jan 2017 (ISNIN) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan umat Islam agar tidak meruntuhkan perpaduan yang sedia terbina sesama mereka hanya disebabkan untuk memenuhi tuntutan ­golo­ngan ekstremis.

Baginda bertitah, ini disebabkan golongan pelampau ber­kenaan berjuang hanya meme­nuhi kepentingan peribadi.

“Maka sebab itu, marilah kita perkukuhkan perpaduan de­ngan melakukan penambahbaikan berterusan supaya kita menjadi umat yang lebih berkualiti dalam semua aspek kehidupan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam pertemuan bersama umat Islam di Pusat Islam Nakhon Si Thammarat sempena program Ziarah Mahabbah Raja Muda Perlis bersama delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Phang Nga dan Nakhon Si Thammarat di sini, hari ini.

Berkenan berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah ­Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin turut meminta umat Islam tidak sesekali ‘hilang punca’ dalam kehidupan, sebaliknya sentiasalah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah yang memimpin manusia ke jalan yang benar.

Titah baginda, jika kesatuan ummah menjadi kukuh, maka segala perancangan pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek akan berjalan dengan lancar.

“Pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang sahih untuk berhadapan perubahan kesan daripada perkembangan globalisasi dan liberalisasi serta perkembangan teknologi yang sering memberi tafsiran yang pelbagai terhadap agama Islam,” titah baginda.

Titah baginda lagi, dalam pada itu, umat Islam juga perlu turut hormat menghormati, ingat ­mengingati serta menghindari sifat-sifat keji seperti melaga-lagakan sesama sendiri, mengeksploitasi atau mempolitikkan sesuatu isu dengan tujuan tidak baik.

Baginda bertitah, dengan itu persefahaman akan dapat terus kekal, dijaga dan dipelihara serta tidak disia-siakan dalam suasana yang makmur, sentosa dan mendapat keredaan Allah

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE