Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PEMANGKU RAJA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA BERKENAN BERANGKAT KE LIMA '23 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PEMANGKU RAJA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA BERKENAN BERANGKAT KE LIMA '23

PEMANGKU RAJA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA BERKENAN BERANGKAT KE LIMA '23

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 Mei 2023 17:03

LANGKAWI, 24 Mei (Bernama) -- Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil hari ini berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23). 

Baginda berdua dan delegasi yang disertai oleh pegawai Istana Arau dan media Perlis tiba di Telaga Harbour pada 4.30 petang.

Delegasi yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin dijadual menyaksikan demonstrasi maritim serta udara dan melawat kapal perang asing antaranya Kapal Perang Korea Selatan ROKS No Jeok Bong.

Baginda juga dijadual menyaksikan beberapa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis dengan beberapa syarikat.

Menurut jurucakap Istana Arau, delegasi baginda turut mencari peluang menjalin kerjasama dengan syarikat luar yang berminat untuk melabur di Perlis.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE