Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

'Ziarah Mahabbah' Raja Muda Perlis Ke Selatan Thai Kukuhkan Hubungan Umat Islam - Mufti

/ Archive MAIPs / Rabu, 11 Januari 2017 11:28

KANGAR, 11 Jan 2017 (RABU) -  Program 'Ziarah Mahabbah' Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke wilayah Andaman di selatan Thailand dari 6 hingga 9 Jan lepas merapatkan lagi ukhuwah antara umat Islam di wilayah itu dengan rakyat Perlis.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau dimaklum akan perkara itu oleh yang dipertua majlis-majlis agama di wilayah tersebut yang turut memuji keprihatinan Tuanku Syed Faizuddin.

Ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Alwi di sini malam tadi, Mohd Asri yang turut menyertai program itu, berkata lawatan tersebut juga berperanan serampang dua mata yang menyaksikan Raja Muda Perlis mempromosikan bahasa Melayu.

"Suatu ketika dulu, penduduk beragama Islam di wilayah-wilayah berkenaan bertutur menggunakan bahasa Melayu namun kini bahasa itu kurang diguna oleh majoriti golongan muda," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin dengan kunjungan kerap pemimpin dari Perlis ke wilayah itu selain mengundang mereka ke negeri ini akan membantu mengembangkan bahasa Melayu di selatan Thai.

Mohd Asri berkata pihaknya akan mengundang pemimpin Islam dari wilayah-wilayah ke Perlis sempena program Perkampungan Sunnah pada April ini untuk bersama-sama menyumbang ilmu dan fikiran dalam usaha mengukuhkan syiar Islam.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.