Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkasakan Hubungan Masyarakat Islam Dan Bukan Islam - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Perkasakan Hubungan Masyarakat Islam Dan Bukan Islam - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Ahad, 12 Februari 2017 11:28

KANGAR, 12 Februari 2017 (AHAD) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terus memperkasakan hubungan harmoni ke arah membina sebuah negara yang mapan.Sehubungan itu, baginda mahu semua bangsa terus belajar memahami satu sama lain termasuk mengharmonikan budaya dan adat masing-masing.

"Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat untuk seluruh umat manusia. Martabat dan kemuliaan seseorang terletak pada kepatuhan terhadap Allah SWT. Masyarakat Cina mungkin merasakan Islam tidak dekat dengan mereka.

"Di Malaysia, orang Melayu mendominasi Islam dan mungkin sukar bagi orang Cina membezakan antara Islam dan budaya Melayu walaupun sebenarnya ada antaranya adalah budaya seperti masyarakat Cina dengan pakaian cheongsam dan kuih bakul," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bagi Muslim Cina peringkat negeri di sini, malam tadi.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Penceramah tersohor Dr Zakir Naik dan Sheikh Hussain Yee adalah antara 400 tetamu yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

"Islam tidak menegah budaya atau adat selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam seperti adat yang berunsur syirik, khurafat dan yang meruntuhkan akhlak," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap majlis julung kali dianjurkan oleh MAIPs itu dapat mendekatkan lagi kaum Cina dengan Islam.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE