Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Muslim Keturunan Cina Tidak Perlu Merasa Terasing - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Isnin, 13 Februari 2017 11:28

KANGAR, 13 Feb 2017 (ISNIN) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya saudara muslim yang berketurunan Cina agar tidak merasa terasing berada dalam masyarakat Islam. Baginda bertitah, seseorang Cina yang menganut agama suci itu bebas menjalani budaya mereka sebelum ini, malah tidak perlu ber­usaha untuk menjadi orang Melayu.

“Asalkan teguh berpegang kepada akidah mentauhidkan Allah dan membebaskan diri daripada unsur syirik. Mereka tidak mungkin boleh mengubah hakikat keturunannya sebagai orang Cina.

“Sebahagian daripada ajaran Islam itu terdapat dalam adat dan budaya pelbagai kaum. Ini se­perti menghormati ibu bapa, berbuat baik kepada jiran tetangga, amanah dan jujur.

“Nilai-nilai baik daripada pelbagai adat dan bangsa ini diiktiraf oleh Islam kerana kebaikan, keindahan dan kesantunan se­ring kali bersifat universal,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bagi Saudara Muslim Cina Negeri 2017 yang diadakan di Dewan Warisan Kangar di sini, kelmarin. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lai­latul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan pendakwah ter­kenal, Dr. Zakir Naik serta lebih 400 tetamu. Tuanku Syed Faizuddin seterusnya mengajak seluruh orang Islam dan bukan Islam mengekalkan hubungan harmoni antara kaum dengan saling memahami kepelbagaian kaum.

“Marilah kita belajar untuk mengenali kepelbagaian budaya dan bagaimana mengharmonikan adat dan budaya dengan ajaran Islam yang penuh rahmat.

“Islam adalah agama yang menjadi rahmat untuk seluruh manusia, alam dan sesiapa atau apa sahaja. Islam juga adalah agama untuk kesejahteraan hidup manusia tanpa dibatasi oleh sebarang keturunan,” titah baginda.

Majlis anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan memperkenalkan Islam sebagai agama untuk kebaikan semua

Please publish modules in offcanvas position.