Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Buat Bancian Menyeluruh Asnaf Di Perlis 3 Bulan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Buat Bancian Menyeluruh Asnaf Di Perlis 3 Bulan

/ Archive MAIPs / Jumaat, 17 Februari 2017 11:28

KANGAR, 17 Februari 2017 (JUMAAT) – Dalam usaha membantu golongan asnaf di Perlis, terutama untuk menaikkan taraf sosioekonomi mereka, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) akan membuat bancian menyeluruh selama tiga bulan.

Bertitah melancarkan bancian itu di sini semalam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata bancian meliputi semua 105 kariah dan bertujuan memenuhi enam objektif utama MAIPs.

Antara objektif itu ialah mengenal pasti anak-anak asnaf berumur lima tahun untuk belajar sehingga ke peringkat diploma menjelang 2030 serta golongan asnaf yang berpotensi menjalankan perniagaan, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah sebuah pangkalan data akan dibentuk berdasarkan bancian itu bagi memudahkan MAIPs membuat perancangan serta menjalin kerjasama strategik dengan agensi dan pihak berkaitan.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Pengerusi Jawatakuasa Agama Islam dan Pembangunan Insan negeri, Khairy Hassan; Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE