Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Ubah Persepsi Tugas Tentera

/ Archive MAIPs / Khamis, 02 Mac 2017 11:28

PADANG BESAR, 2 Mac 2017 (KHAMIS) - Persepsi penugasan tentera hanya di perbatasan perlu diperbetulkan rakyat, yang tertarik menyertai pasukan itu, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

Menurut baginda selain mempertahankan kedaulatan negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak terlibat dalam pentadbiran negara dan tidak semuanya diperlukan di perbatasan.

"Isu ini perlu diperjelaskan kerana ATM memerlukan anggota berkelulusan tinggi termasuk dalam bidang teknikal untuk membantu projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menjadi kumpulan sokongan teknikal," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke-84 yang jatuh pada 1 Mac peringkat Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem pasukan di Bukit Ketri di sini, petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda sebelum itu disambut Timbalan Komander Rejimen 504, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin serta pegawai kanan pasukan.

Tuanku Syed Faizuddin berharap lebih banyak pendedahan khususnya secara langsung dibuat agar rakyat lebih sedar peranan dan kepentingan askar wataniah selain barisan hadapan ATM.

Terdahulu 84 anggota tentera darat mewakili Rejimen 504, 4 Rejimen Ranjer DiRaja (RRD) dan 30 Briged Rejimen Sempadan (RS) mengambil nombor simbolik ulang tahun ATM.

Mereka kemudian menyertai Tuanku Syed Faizuddin dan ketua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam program berbasikal 'MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke-15 tahun 2017 sejauh 16 kilometer yang bermula dan berakhir di kem tersebut.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.