Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Serah Zakat MAIPs RM70,000 Kepada Peyatim

/ Archive MAIPs / Jumaat, 10 Mac 2017 11:28

ARAU, 10 Mac 2017 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM70,000 untuk Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (Peyatim), Jejawi.

Raja Muda selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan berkenaan di bawah peruntukan Fi Sabilillah kepada Timbalan Yang Dipertua Peyatim Datuk Azib Saad untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi pertubuhan berkenaan.

Sumbangan itu sempena Program Hijrah Minda mingguan anjuran MAIPs di Masjid Ibnu Taimiah, Tambun Tulang di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda bertitah, MAIPs turut memperuntukkan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan di Perlis bagi pelaksanaan aktiviti kepada golongan sasaran dan asnaf.

"Bagi tujuan menyantuni anak-anak yatim, pada setiap tahun MAIPs turut melaksanakan program sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri selain bantuan persekolahan dan sara hidup.

"MAIPs turut merancang meluaskan inisiatif agihan sumbangan zakat dengan melaksanakan program bancian asnaf di seluruh Perlis," titah baginda.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.