Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berangkat Majlis Berbuka Bersama Kolonel Yang Dipertua n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Berangkat Majlis Berbuka Bersama Kolonel Yang Dipertua

Raja Perlis Berangkat Majlis Berbuka Bersama Kolonel Yang Dipertua

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Mei 2019 11:20

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2019 (Isnin) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Kolonel Yang DiPertua 2019’ yang diadakan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak, di sini baru-baru ini.

Majlis tahunan tersebut dianjurkan oleh Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja yang mana Tuanku Syed Sirajuddin adalah Tuanku Kolonel Yang DiPertua bagi kedua-dua kor Tentera Darat itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Rejimen Renjer Diraja, Mejar Jeneral Datuk Din Hj Abu serta para pegawai tertinggi kedua-dua kor berkenaan.

Turut hadir mengiringi Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis ke majlis iftar disusuli solat maghrib, isyak dan sunat tarawih secara berjamaah itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, cucunda sulung baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, kerabat diraja, para pembesar negeri Perlis serta para pegawai kanan kedua-dua kor itu.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE