Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Projek Lembah Chuping Harus Berjaya Dilaksanakan - Raja Muda

/ Archive MAIPs / Jumaat, 31 Mac 2017 11:28

PADANG BESAR, 31 Mac 2017 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu projek Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang kelak.

Sehubungan itu, baginda meletakkan harapan tinggi agar projek berimpak tinggi yang bakal dilengkapi dengan pelabuhan darat dan kawasan perindustrian terbesar di Perlis menjadi realiti tidak lama lagi.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, pembangunan CVIA turut akan memberi impak dari segi peningkatan hasil sumbangan zakat daripada kegiatan ekonomi di kawasan perindustrian seluas 1,214 hektar itu.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, projek CVIA juga akan membuka pelbagai peluang serta ruang untuk seluruh rakyat dari sudut ekonomi, sosial dan pendidikan.

Baginda bertitah rakyat sudah pasti mendapat manfaat secara langsung melalui pelbagai jenis pekerjaan, perkhidmatan, perdagangan dan perniagaan yang bakal ditawarkan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis pelepasan peserta program kayuhan Kelab Eksplorasi Media Malaysia (KEMM)-Vertec Central Industries (VCI) Cycling To Krabi di surau Kampung Baru Panggas, Chuping, petang semalam.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.