Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Ponteng Punca Utama Kegagalan Pelajar Malaysia

/ Archive MAIPs / Jumaat, 31 Mac 2017 12:28

ARAU, 31 Mac 2017 (Jumaat) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini melahirkan kebimbangan dengan status pelajar Malaysia di luar negara yang terkandas dalam pengajian berikutan gejala ponteng.  

Justeru, baginda menggesa ibu bapa supaya memainkan peranan memantau pergerakan anak masing-masing supaya tidak terkandas dalam pelajaran.
"Berdasarkan maklum balas daripada kedutaan, kebanyakan kes kegagalan pelajar adalah kerana tidak menghadiri kelas.

"Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan segala bentuk kemahiran serta pulang menabur bakti di tanah air kelak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika majlis penyampaian bantuan dermasiswa Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) kepada 12 pelajar Perlis, yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Pada majlis itu, semua pelajar terbabit menerima bantuan dermasiswa RM2,000 setiap seorang, selain turut diraikan bersama ibu bapa masing-masing.

Pada majlis itu, MAIPs mengumumkan peningkatan sumbangan pelajar di Jordan daripada RM6,000 setahun kepada RM11,000, merangkumi RM6,000 sumbangan dermasiswa tahunan dan sumbangan secara sekali gus RM5,000. 

Bagi pelajar di Mesir pula, jumlah sumbangan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000. Langkah itu diambil berikutan peningkatan kos sara hidup dan yuran pengajian akibat kadar tukaran mata wang.

Sumber daripada Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.