Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tabung Haji Serah Zakat Lebih RM600,000 Kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Tabung Haji Serah Zakat Lebih RM600,000 Kepada MAIPs

/ Archive MAIPs / Khamis, 06 April 2017 13:28

ARAU, 6 April 2017 (Khamis) - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM600,527.89 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Istana Negeri, di sini.

Penyerahan zakat itu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Majlis itu turut disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.  Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Badlisyah berkata jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH pada 2016 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus kepada RM60.3 juta berbanding RM59.3 juta pada tahun sebelumnya.

Selain itu, katanya, TH juga akan meningkatkan lagi program pengagihan zakat secara terus kepada golongan asnaf di seluruh negara menerusi Program Iqra'; Program Ehsan; Program Baiti dan Program Mobiliti, katanya.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE