Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Terima Sembah Menghadap Perpisahan Zul Azhar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Terima Sembah Menghadap Perpisahan Zul Azhar

Raja Muda Perlis Terima Sembah Menghadap Perpisahan Zul Azhar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Mei 2019 15:20

ARAU, 13 Mei 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah menghadap perpisahan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang kontraknya berakhir esok di Bilik Canselor UniMAP, Kampus Jejawi di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor UniMAP.

Turut hadir, isteri Zul Azhar, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor Unimap merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zul Azhar atas segala khidmat bakti yang dicurahkan beliau sebagai Naib Canselor UniMAP bermula dari 1 Mei 2016 sehingga esok.

Titah baginda, antara kejayaan Zul Azhar ialah apabila UniMAP memperolehi penarafan Quacquarelli Symonds (QS) - Lima Bintang bagi Audit QS Stars untuk tempoh 2019-2021.

Selain itu, Unimap disenaraikan dalam 500 universiti terbaik menerusi QS World University Ranking by Subject bagi bidang Kejuruteraan dan Teknologi 2017.

Universiti itu juga menerima pengiktirafan QS World University Ranking: Asia - UniMAP dalam 201 terbaik Asia (2018) dan diiktiraf lima bintang dalam Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (Setara) dan D’Setara.

Zul Azhar turut cemerlang apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM); Menggubal Dasar Penjanaan Pendapatan untuk setiap jabatan berjumlah RM1.8 juta bagi tempoh 2016-2018 dan menggalakkan konsep ‘Endowmen dan Waqf’ di universiti berkenaan.

Di bawah kepimpinan Zul Azhar, Unimap juga diiktiraf sebagai salah sebuah ‘Universiti Autonomi’ pada 2018.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE