Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Sampaikan Agihan Bantuan Fitrah Lebih RM3.7 Juta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Sampaikan Agihan Bantuan Fitrah Lebih RM3.7 Juta

Raja Muda Perlis Sampaikan Agihan Bantuan Fitrah Lebih RM3.7 Juta

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 Mei 2019 08:20

KANGAR, 14 Mei 2019 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan lebih RM3.7 juta untuk sumbangan bantuan fitrah 2019 kepada 9,378 penerima dan fakir miskin seluruh Perlis dengan bantuan itu akan diagihkan sebelum Hari Raya ini.


Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada wakil lima zon untuk diagihkan kepada para penerima di zon masing-masing.

Majlis penyampaian itu diadakan sempena Program Ihya Ramadan 1440H di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini, malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Ruzaini Rais, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor turut hadir.

Bagi Zon Utara, bantuan berjumlah RM686,000 untuk 1,715 penerima manakala Zon Selatan berjumlah RM787,200 (1,968 penerima), Zon Barat berjumlah RM835,200 (2,088 penerima), Zon Timur RM637,200 (1,593 penerima) dan Zon Tengah RM805,600 (2,014 penerima). Setiap penerima akan mendapat RM400.

Dalam titahnya, Raja Muda berharap para penerima membelanjakan sumbangan itu dengan bijak bagi membeli keperluan menyambut Hari Raya.

Baginda mahu para amil menjalankan tugas dengan amanah supaya wang sampai kepada penerima mengikut masa ditetapkan.

Sempena majlis itu baginda berkenan melancarkan Kempen Wakaf Tunai Projek Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah yang dalam proses pembinaan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE