Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kos Urus Jenazah Murah Di Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Kos Urus Jenazah Murah Di Perlis

/ Archive MAIPs / Friday, 19 May 2017 16:28

KANGAR, 19 Mei 2017 (Jumaat)  - Peningkatan kos sara hidup telah menyebabkan kos pengurusan jenazah ketika ini turut meningkat.Bagi mereka berpendapatan rendah, sudah tentu perkara itu membebankan, apatah lagi jika pihak terlibat bermatlamatkan keuntungan.Namun di Perlis, penduduknya beruntung kerana wujudnya sebuah pusat pengurusan jenazah khususnya untuk membantu golongan memerlukan.

Pusat itu yang diberikan nama Darul Abrar dan terletak di Kubang Gajah, Arau hanya mengenakan bayaran minimum hanya bertujuan bagi menjalankan operasi. Ini termasuklah kos pembelian kain kapan dan petrol bagi van jenazah. 

Majlis pelancarannya disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini. Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Suri Hanim Mohamed dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Hartanah Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazri Md. Rejab.

Kelebihan Darul Abrar adalah bukan sahaja murah tetapi apa yang lebih penting segala urusan dilaksanakan mengikut syariat. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kediaman bertingkat seperti pangsapuri yang ruang­nya agak terhad. Sudah tentu dengan penubuhan pusat itu, ia akan membantu mencari jalan penyelesaian buat mereka.

Sebenarnya, Darul Abrar merupakan sebuah masjid lama yang didirikan di atas sebidang tanah wakaf, namun ia tidak lagi digunakan berikutan terdapatnya sebuah masjid baharu terletak berdekatan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, berikutan itu, MAIPs mengambil insiatif membaik pulih masjid berkenaan untuk dijadikan sebagai Pusat Darul Abrar.

Menurutnya, ia bagi memastikan wakif (pewakaf) mendapat pahala wakaf berterusan. “Di pusat ini, kita melaksanakan proses memandi dan mengkafankan si mati dan urusan pengebumian diserahkan kepada keluarga. “Bagi memastikan pusat ini diimarahkan, kita turut menjadikannya sebagai lokasi pelaksana­an kursus dan latihan pengurusan jenazah.

“Kita berharap pusat ini boleh dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di Perlis tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya di sini baru-baru ini. Orang ramai yang berminat menggunakan perkhidmatan itu boleh menghubungi talian hotline MAIPs 04-9794439.

Sumber: Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE