Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan Kesedaran Bayar Zakat, Wakaf

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Tingkatkan Kesedaran Bayar Zakat, Wakaf

/ Archive MAIPs / Selasa, 23 Mei 2017 16:28

KANGAR, 23 Mei 2017 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini supaya memberi maklumat dan galakan kepada kakitangan di bawah tanggungjawab mereka untuk membayar zakat dan menyumbang wakaf tunai melalui potongan gaji kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda bertitah, selaku pemegang amanah tunggal bagi kutipan zakat di negeri ini, MAIPs mempunyai beberapa projek wakaf termasuk pembinaan sebuah bangunan Pusat Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang bertujuan untuk me­ningkatkan jumlah pesakit yang boleh mendapatkan rawatan hemodialisis dalam satu-satu masa.

Titah baginda, selain daripada itu, Pusat Pengurusan Jenazah Darul Abrar di Kubang Gajah, Arau juga memberi memudahkan pengurusan jenazah umat Islam di negeri ini.

“Saya turut menyeru MAIPs supaya mencari kaedah dan jalan terbaik meningkatkan kesedaran umat Islam di Perlis untuk membayar zakat dan menyumbang wakaf,” titah baginda sempena Seminar Kesedaran Zakat dan Wakaf peringkat negeri di sebuah hotel, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia negeri, Datuk Khairi Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam majlis itu, turut di­umumkan yang kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ditetapkan kepada RM7 seorang.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sudah sampai masanya masyarakat mempunyai panda­ngan jelas berkaitan zakat yang memainkan peranan begitu pen­ting dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan.

“Kewajipan berzakat merupakan tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan berterusan bukan sahaja kepada yang mengeluarkannya bahkan yang menerimanya.

“Pelaksanaan zakat pula memberi kesan kepada individu dan masyarakat yang memerlukan selain berperanan mempertingkatkan kebajikan, ekonomi dan taraf hidup umat Islam,” titah baginda.

  

MAIPs on media : (Utusan Malaysia Online)

Please publish modules in offcanvas position.