Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Lancar Buku Hak Hadanah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Berkenan Lancar Buku Hak Hadanah

/ Archive MAIPs / Sabtu, 27 Mei 2017 16:28

ARAU, 27 Mei 2017 (Sabtu) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan buku ‘Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama’ : Penghujahan Bagi Keputusan Fatwa Negeri Perlis, di sini malam tadi.

Buku itu yang dikarang Muhamad Abdul Kadir Sahak, diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu dilancarkan di Tapak Rukyah Hilal Pantai Kuala Sungai Baru, di sini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Berangkat sama Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Terdahulu, baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan melihat proses cerapan anak bulan Ramadan 1438H/2017M serta menyampaikan zakat peruntukan muallaf oleh MAIPs sebanyak RM50,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Perlis.

Baginda berdua kemudiannya berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih di Masjid Negeri Arau.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE