Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Hadir Ziarah Ihya Ramadan MAIPs Di Dua Pulau Di Satun, Thailand n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Hadir Ziarah Ihya Ramadan MAIPs Di Dua Pulau Di Satun, Thailand

/ Archive MAIPs / Khamis, 01 Jun 2017 16:28

SATUN, Thailand (Selatan Thailand), 1 Jun 2017 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melakukan lawatan sehari sempena program Ziarah Ihya Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Pulau Koh Sarai Besar dan Pulau Tanjung Keling, Satun, Thailand, semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Utara, Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd. Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs yang mengetuai delegasi ini telah melakukan lawatan ke Masjid Nurul Ibadah, Pulau Koh Sarai Besar dan telah memberikan sumbangan kepada asnaf selain mesin penapis air minuman serta baik pulih sekolah agama dan tadika. 

Selepas itu baginda dan delegasi ke Pulau Tanjung Keling untuk memberikan sumbangan dua buah tangki air kepada Sekolah Tanjung Keling dan Sekolah Tanjung Huma, almari dan buku rujukan Bahasa Malaysia daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).Sebelum berangkat pulang, baginda singgah memberikan sumbangan di Masjid Bukit Bunga, Satun dan menunaikan solat jemaah Terawih bersama penduduk kampung berkenaan. 

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE