Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - APMM dan Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

APMM dan Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama

/ Archive MAIPs / Khamis, 01 Jun 2017 17:28

SATUN (Selatan Thailand), 1 Jun 2017 (Khamis) - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak berkuasa maritim Thailand digesa meningkatkan kerjasama pintar, khususnya dalam melaksanakan operasi bersama pembanterasan jenayah rentas sempadan melalui laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan istimewa dan akrab sejak sekian lama, banyak perkara berkaitan keselamatan dan kepentingan bersama masih perlu diperkemaskan.

"Jenayah utama di laut ialah penyeludupan, pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), penjualan hasil laut, barang-barang terkawal serta bebas cukai seperti rokok dan minuman keras secara haram merugikan kedua-dua negara. "Penjualan hasil tangkapan laut secara haram yang berleluasan juga boleh dikawal melalui kerjasama pintar," titah baginda pada program 'Ihya Ramadan MAIPs Bersama APMM' ke Pulau Koh Sarai Besar di Masjid Nurulebadah pulau tersebut dalam Wilayah Satun, petang semalam.

Berangkat sama dalam program itu Raja Puan Muda Perlis Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Pengarah APMM Wilayah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor serta beberapa ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Tuanku Syed Faizuddin mengesyorkan agar lebih banyak rondaan keselamatan berkala oleh maritim kedua-dua negara dibuat khususnya semasa wujud konflik di negara-negara tertentu.

"Dalam apa jua keadaan, peraturan dan undang-undang negara masing-masing haruslah dihormati dan dipatuhi," titah baginda sambil menambah faktor keselamatan di laut akan menggalakkan nelayan meningkatkan usaha menangkap ikan yang menyumbang kepada hasil negara masing-masing.

Sebelum itu, Laksamana Pertama Zulkarnain dalam ucapannya berkata, kerjasama antara APMM dan pihak maritim Thailand, termasuk berkongsi maklumat risikan dan rondaan bersama di kawasan sensitive, telah lama dilaksanakan.

"Kerjasama ini boleh diperkasakan dan antara caranya ialah dengan mengenali pegawai masing-masing secara peribadi. Program Ihya Ramadan yang pertama kali disertai APMM ini membuka ruang tersebut dengan lebih luas," katanya.

Menurut Zulkarnain kerjasama APMM dan Maritim Thailand membuahkan hasil berikutan banyak kes jenayah dapat dibanteras, manakala maklumat yang dikongsi berjaya menghalang pencerobohan pelarian Rohingya, PATI dan juga anggota kumpulan pengganas Daesh.

"Kita juga dapat membuat persediaan awal kemungkinan berlaku jenayah melalui pertukaran maklumat di samping koordinasi penjagaan perairan menjadi lebih efektif," tambahnya.

Beliau berkata bantuan awal yang diberikan maritim kedua-dua negara telah banyak menyekat penyeludupan bahan terlarang seperti senjatapi dan daun ketum dari Malaysia ke Thailand.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE