Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Laksana Inisiatif Tarik Umat Islam Dekati Masjid - Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Laksana Inisiatif Tarik Umat Islam Dekati Masjid - Raja Perlis

/ Archive MAIPs / Selasa, 06 Jun 2017 19:28

KANGAR, 6 Jun 2017 (Selasa) - Raja Perlis Tuanku, Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta jawatankuasa pengurusan masjid melaksanakan inisiatif untuk menarik lebih ramai anggota masyarakat khususnya anak khariah agar lebih mendampingi masjid.

"Jawatankuasa pengurusan masjid harus melihat perkara lebih besar dan penting kepada penganut agama Islam dan tidak fokus untuk membina, membesarkan atau menaik taraf masjid sahaja," titah baginda.

Baginda bertitah pada 'Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Warga MAIPs Bersama Raja Perlis dan Raja Perempuan' di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda dan Raja Perempuan, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid disambut Pegawai Eksekutif MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis), Mohd Nazim Mohd Noor. Berangkat sama Raja Muda Perlis merangkap yang DiPertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli majlis MAIPs serta anggota jawatankuasanya atas usaha dan pandangan dalam memartabatkan agama Islam di Perlis. Baginda turut menyaran para pendakwah dalam mengajar ilmu agama supaya memberi perhatian untuk mengajar perkara-perkara asas kepada golongan yang hendak berjinak-jinak mendekati masjid.

"Sebaiknya, gunakanlah pendekatan yang sesuai dan ringkas. Walaupun sesuatu ilmu disampai secara bersahaja tetapi tetap memberikan impak positif kepada seseorang individu," tambah baginda.

Sempena majlis itu, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MAIPs membentangkan laporan pencapaian masing-masing kepada Tuanku Syed Sirajuddin.

Di akhir majlis itu, Tuanku Raja Perempuan Perlis dipersembahkan sebuah kek dengan iringan doa oleh MAIPs sempena keputeraan baginda hari ini.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.