Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Sampai Sumbangan Kepada 8,793 Fakir Miskin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Sampai Sumbangan Kepada 8,793 Fakir Miskin

/ Archive MAIPs / Khamis, 08 Jun 2017 19:28

KANGAR, 8 Jun 2017 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail malam tadi berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,517,200 kepada 8,793 fakir miskin seluruh Perlis sebagai persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini sempena program Iftar Khadimul Haramain sumbangan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan MTSPJ.

MAIPs dalam kenyataan hari ini berkata turut diadakan ialah gimik penyerahan buku koleksi agama yang dilakukan Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Sheikh Abdul Rahman Al-Hirfi.

"Buku-buku tersebut daripada kedutaan kepada Raja Muda selaku Yang Dipertua MAIPs untuk diedarkan kepada semua masjid di seluruh negeri ini," katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Datuk Khairi Hassan mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Pengarah JAIPs merangkap Pengerusi MTSPJ Dr Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, turut disampaikan sumbangan kepada wakil 106 masjid di lima zon iaitu utara, selatan, timur, barat dan tengah, berupa replika cek untuk diserahkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di kariah masing-masing.

Terdahulu dalam titah ucapan, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan umat Islam supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik di setiap masjid agar lebih banyak asnaf yang layak dapat menerima sumbangan bantuan.

Baginda juga berharap mereka yang menerima sumbangan kali ini menggunakan wang yang diperolehi itu secara berhemah .

Raja Muda turut mengumumkan sumbangan agihan khas ihya' masjid oleh MAIPs sebanyak RM530,000 kepada masjid di seluruh Perlis dengan setiap masjid mendapat RM5,000 untuk manfaat masyarakat Islam setempat.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE