Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Peruntuk RM3 Juta Untuk Pengurusan KUIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Peruntuk RM3 Juta Untuk Pengurusan KUIPs

MAIPs Peruntuk RM3 Juta Untuk Pengurusan KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Mei 2019 08:20

KANGAR, 16 Mei 2019 (Khamis) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3 juta bagi pengurusan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang merupakan sebuah IPTS miliknya untuk tahun ini.

Selain itu MAIPs turut mengkhususkan agihan berupa tajaan ‘Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs’ kepada para pelajar kolej universiti itu berjumlah RM4,266,432 dan Elaun Sara Diri MAIPs sebanyak RM1,399,200.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan tersebut kepada pengurusan KUIPs ketika berangkat menghadiri ‘Majlis Ihtifal Ihya Ramadhan @ IPT Perlis 2019’ yang diadakan di pekarangan kampus KUIPs di Seberang Ramai, Kuala Perlis malam semalam.

Keberangkatan baginda bersama-sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid disambut oleh Rektor KUIPs Datuk Dr. Mohd Radzi Othman.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sepertimana tahun lalu, enam buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang beroperasi di Negeri Perlis bergabung tenaga bagi menjadi hos pada majlis melibatkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UiTM Cawangan Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Perlis, Kolej Matrikulasi Perlis serta KUIPs sendiri sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Naib Canselor, Rektor dan Pengarah bersama-sama timbalan dan para pegawai kanan menghadiri majlis berbuka puasa tersebut dan turut solat maghrib, isyak serta menunaikan sunat tarawih berjamaah di musolla kampus berkenaan bersama baginda.

Sementara menunggu masuk waktu solat isyak pula, diadakan sesi bacaan Qiraat oleh pensyarah KUIPs, Saleh Abdelnaser Mahmoud Yousef dan kemudiannya tazkirah disampaikan oleh Mohd Radzi.

Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan ‘Peruntukan Ihyak Ramadan’ daripada MAIPs kepada sembilan buah institusi pengajian tinggi yang beroperasi di Perlis termasuklah Institut Kemahiran MARA (IKM) Perlis, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Perlis dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perlis yang mana setiap di antara organisasi mereka masing-masing menerima RM3,000.

Sebelum majlis berakhir, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda berkenan menyaksikan majlis penandatanganan ‘Memorandum Rakan Strategik’ di antara pihak KUIPs dengan beberapa organisasi dari selatan Thailand antaranya adalah Ansor Al Sunnah Foundation, Jameiyah Assalam Satun dan Islamic Private School Association Satun.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE