MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal amal MAIPs Peduli Khas bersempena ‘Karnival Jualan Agro Madani Mega Peringkat Negeri Perlis’.
Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail di akhir kayuhan di Dataran Bersebelahan Kompleks DUN Perlis Kangar itu disambut oleh Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Muhammad Ammir Haron dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan.
Turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi FAMA), Abdul Rahman Mahmood, Pengarah Kanan Pemasaran Segar (PMS) FAMA, Shahrizan Sudiman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran (PKP) FAMA, Azhar Jamaluddin.
Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Karnival tersebut turut diserikan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti untuk setiap lapisan masyarakat termasuk pertandingan mewarna, menyusun puzzle kempen ‘Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan’, FAMA Run, pertandingan E-sport, AgroYouth Pocket Talk Bicara Usahawan, KAHOOT Games dan lain-lain lagi.
Terdahulu daripada itu ketika kayuhan dilaksanakan, Tuanku Pemangku Raja berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis berjumlah RM700 setiap seorang kepada Sarimah Din 59 tahun dari Kg Pengkalan Asam, Salmiah Birahin 50 tahun juga dari Kg Pengkalan Asam dan Salleh Hussain 55 tahun dari Kg Behor Temak (Bukit Kecil) di rumah masing-masing.
Sumber: Suara Merdeka