Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs terima RM650,000 zakat dari RHB Islamic

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs terima RM650,000 zakat dari RHB Islamic

MAIPs terima RM650,000 zakat dari RHB Islamic

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 23 July 2024 13:21

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima sumbangan zakat sebanyak RM650,000 daripada RHB Islamic Bank Berhad.

 
 

 

 

Mok Cek tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al A’la Behor Temak baru-baru ini sempena program MAIPs Peduli.

 

 

 

 

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Titi Tok Bandar dan Seriab. Masing-masing menerima RM700 dengan jumlah penuh diagihkan oleh MAIPs pada kali ini ialah RM98,000.

 

 

 

 

Ketika berbasikal selepas program tersebut pihak RHB Islamic Bank Berhad turut menyumbangkan RM1,000
bagi setiap di antara tiga buah rumah keluarga asnaf terpilih yang disantuni bagi sama-sama meeingankan beban kewangan dalam kehidupan mereka.

 

Dalam pada itu Tuanku Pemangku Raja yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menasihatkan supaya para pemimpin organisasi di negeri ini tidak kita awam mahupun swasta haruslah sentiasa prihatin terhadap pembangunan jiwa dan spiritual warga kerja atau pekhidmat bagi melahirkan insan yang benar-benar berjaya di dunia dan juga di akhirat.

 

Memiliki warga kerja yang soleh, matang dan mempunyai keperibadian dan akhlak yang baik serta mulia, mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja kerana mereka faham apa yang perlu mereka lakukan serta menjadi cerminan dan imej yang baik kepada organisasi itu sendiri.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE