Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Program Agihan Bubur Lambuk Persatuan Pandu Puteri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Program Agihan Bubur Lambuk Persatuan Pandu Puteri

Program Agihan Bubur Lambuk Persatuan Pandu Puteri

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Mei 2019 09:20

KANGAR, 16 Mei 2019 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran program ‘Agihan Bubur Lambuk Anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Sri Kesayangan, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar petang semalam.

Keberangkatan tiba kedua-dua tetamu diraja berkenaan ke program yang turut mendapat kerjasama padu daripada pihak syarikat Nestle Malaysia Berhad dan juga organisasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan - W.I. Negeri Perlis itu disambut oleh Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis, Datuk Hajah Tengku Shireen Datuk Paduka Tengku Suleiman serta para pemimpin kanan persatuan.

Program tersebut telah disusun bermula dari pagi hingga petang bagi acara memasak dan pembungkusan serta pengedaran bubur lambuk. Ia telah diselaraskan dengan melibatkan AJK Persatuan Pandu Puteri, guru-guru dan juga murid-murid dari 3 buah sekolah rendah iaitu SK Seri Indera, SK Oran dan SK Titi Tinggi serta 3 buah sekolah menengah terdiri daripada SMK Derma. SMK Syed Sirajuddin dan SMK Datuk Sheikh Ahmad.

Sebanyak 1,012 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk tempatan di lima buah lima lokasi pengedaran termasuklah di Ladang Tebu, hadapan Makam Diraja Arau, depan bangunan KWSP Kangar, Jalan Tun Abdul Razak dan juga di depan Pejabat Pos Laju Taman Sena Indah, Kangar.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE