MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR 8 Ogos – Anakanda Putera Tuanku Pemangku Raja Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kangar di Persiaran Wawasan, Kangar.
Keberangkatan tiba Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj disambut oleh Hakim Mahkamah Tinggi Perlis, Y.A. Dr. Arik Sanusi Yeop Johari dan Pengarah Mahkamah Negeri Perlis, Norsalha Datuk Hamzah.
Anakanda Bongsu Tuanku Pemangku Raja Perlis telah dipersembahkan taklimat berkenaan fasiliti kompleks dan prosiding yang sedang berjalan di Mahkamah Terbuka.
Y.A Dr. Arik Sanusi kemudian mengiringi Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj mengadakan lawatan ke fasiliti-fasiliti di Kompleks Mahkamah tersebut.
Sumber: Suara Merdeka