Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lawat Dua Sekolah di Tawau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Lawat Dua Sekolah di Tawau

/ Archive MAIPs / Sabtu, 17 Jun 2017 21:28

TAWAU 17 Jun 2017 (Sabtu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat dua buah sekolah menerusi Program Titian Kasih Mega anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di sini, semalam.  Lawatan pertama baginda ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau dan diikuti Kolej Tingkatan Enam,Tawau.

Sempena program itu, baginda berkenaan menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan RM1,000 untuk aktiviti agama di sekolah.

Turut menerima sumbangan yang sama adalah Kolej Tingkatan Enam Tawau dan pelajar kolej berkenaan yang bermotosikal menerima topi keledar percuma oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis.

Pemberian sumbangan untuk pelajar cemerlang SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) ini adalah untuk tempoh 10 tahun.  

Program Titian Kasih juga diadakan di tiga buah sekolah lagi iaitu SMK Kuhara, SMK Kinabutan dan Kolej Vokasional yang kesemuanya di Tawau yang antaranya diadakan program termasuk ceramah motivasi.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE