Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saksi Majlis Serah Tugas Naib Canselor UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Saksi Majlis Serah Tugas Naib Canselor UniMAP

Raja Muda Perlis Saksi Majlis Serah Tugas Naib Canselor UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Mei 2019 09:20

KANGAR, 15 Mei 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan ‘Majlis Serah Tugas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ yang diadakan di ‘Library Lounge’ Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra universiti berkenaan di Pauh Putra petang tadi.

Prof. Ir.Dr. R. Badlishah Ahmad mengambil alih amanah sebagai Naib Canselor ke-3 UniMAP berkuat kuasa mulai 15 Mei 2019 hingga 14 Mei 2022 daripada Datuk Prof.Dr. Zul Azhar Zahid Jamal (1 Mei 2016 sehingga 14 Mei 2019).

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Turut hadir ialah isteri Prof Badlishah, Fatimah Danial dan Pendaftar universiti, Mohd Saad Din.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti dalam mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau berharap Badlishah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna dan penuh jujur serta berintegriti dalam pentadbiran demi agama, bangsa dan Negara serta menjadikan perlantikan ini sebagai satu permulaan yang baik dalam memastikan UniMAP terus menerus cemerlang dan menjadi yang terhebat.

Secara spesifik Tuanku Syed Faizuddin Putra mahu beliau mengutamakan perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan aspek pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melihat UniMAP memperkasakan bidang Kejuruteraan Teknologi selaras dengan Revolusi Industri 4.0, melipatgandakan usaha dalam aspek ‘Publication’ dan ‘Scopus’, merancakkan konsep `endowmen' dan waqaf melalui rakan strategik industri dan jaringan sedia ada serta mempelbagaikan produk penyelidikan untuk manfaat masyarakat sejagat selaras dengan era ‘Society 5.0’ dan juga bersedia menghadapi peluang-peluang era ‘Space 4.0’.

Untuk rekod, sebelum dipinjamkan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam tahun 2017, Prof Badlishah merupakan pensyarah di UniMAP dan pernah dilantik sebagai Dekan Komputer dan Perhubungan sebelum bertukar jawatan sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah universiti.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE