Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KAHT Sabah Dinamakan Semula

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

KAHT Sabah Dinamakan Semula

/ Archive MAIPs / Ahad, 18 Jun 2017 21:28

KANGAR, 18 Jun 2017 (Ahad)  - Klinik Audiologi Hospital Tawau (KAHT) Sabah kini dikenali sebagai Klinik Audiologi Tuanku Syed Putra. Penjenamaan semula nama klinik tersebut dibuat sempena lawatan kerja Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke hospital tersebut semalam.

Menurut kenyataan YayasanTuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang dikeluarkan di sini hari ini, nama baharu klinik tersebut diambil dari nama Raja Perlis yang juga nenekanda Tuanku Syed Faizuddin, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail dan merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-3.

Sebelum itu, keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin disambut oleh Pengarah hospital, Dr Norlinah Arsad serta para pegawai kanan hospital.

Mengiringi baginda dalam lawatan tiga hari ke daerah Tawau dan Semporna sempena program lawatan Kerajaan Perlis ke Negeri Di Bawah Bayu 2017 ialah Setiausaha Kerajaan Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin.

Baginda yang juga Pengerusi YTSP juga berkenan melawat Wad Materniti 1 dan 2 hospital tersebut serta menyerahkan hamper sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 70 orang ibu yang dirawat di kedua-dua wad tersebut.


Tuanku Syed Faizuddin turut menyaksikan penyerahan mock cek kepada Dr Norinah bagi pihak hospital untuk pembelian sebuah mesin Otoacaoustic Emision (OAE) sumbangan YTSP Perlis dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad.

MAIPs pula menyumbangkan sebuah mesin penimbang makmal farmaseutikal disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.