Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Perlu Pamer Nilai Murni Dan Terpuji - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Umat Islam Perlu Pamer Nilai Murni Dan Terpuji - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Ahad, 18 Jun 2017 22:28

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2017 (Ahad) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam sentiasa mempamerkan nilai murni dan terpuji bagi memastikan agama suci itu sentiasa dipandang tinggi oleh penganut agma lain.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sikap, akhlak dan dan amalan terpuji adalah dakwah yang paling berkesan malah dalam hal tertentu ia lebih baik berbanding perkataan atau kata-kata.


Menurut siaran media MAIPs, baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah 2017 bertemakan 'Journey To Jannah' di Dewan Tun Sakaran di Kota Kinabalu Sabtu malam.  Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Baginda juga menyeru agar masyarakat Islam menyantuni saudara baru dan orang bukan Islam secara berhemah kerana ia merupakan dakwah yang berkesan. Dalam usaha membawa mesej kepada bukan Islam, Tuanku Syed Faizuddin mahu umat Islam membawa mereka mendekati keindahan Islam ketika era Islamophonia ini.


"Sekalipun mereka tidak menerima Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka menghormati, menghargai dan memandang tinggi kepada Islam," titah baginda.


Pada majlis itu baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor turut menyerahkan sumbangan MAIPs berupa dua generator untuk Kampung Silungai dan Kampung Sumatalun Papalungan.


Baginda turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM323,895.40 untuk program pembangunan dakwah HCF yang merupakan sebuah yayasan dakwah, bimbingan dan sokongan saudara baharu yang mempunyai 27 cawangan di seluruh negara. Sumbangan kewangan itu diterima oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF) Nicholas Sylvester Mohammad Abdullah.

Majlis itu anjuran bersama (HCF), Pertubuhan IKRAM Malaysia dan TH Hotel Kota Kinabalu.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE