Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amil Perlu Turut Sama Berperanan Didik Masyarakat - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Amil Perlu Turut Sama Berperanan Didik Masyarakat - Raja Muda Perlis

Amil Perlu Turut Sama Berperanan Didik Masyarakat - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Mei 2019 08:20

KANGAR, 17 Mei 2019(Jumaat) - Raja Muda Perlis bertitah amil yang dilantik perlu sama berperanan mendidik masyarakat dengan pelbagai nilai murni dan bukan hanya tertumpu kepada menjalankan tugas mengutip zakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara isu seperti pencemaran alam, kebersihan, kesan pembuangan sampah merata-rata, bahaya akibat penggunaan plastik, kegiatan ‘Mat Rempit’, penyalahgunaan najis dadah, ponteng, keciciran sekolah dan lain-lain lagi perlu diatasi sebaiknya.

"Para amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dipohon dapat memberi kerjasama membantu berperanan untuk melaporkan, memberi maklumat dan menasihati anak kariah masing-masing berkaitan perkara-perkara ini," titah baginda.

Tambah baginda, masalah dan gejala negatif dalam negeri ini juga didapati banyak melibatkan bangsa Melayu Islam, ini amat menyedihkan dan tindakan segera dan sewajarnya harus dilakukan.

"Justeru, pihak MAIPs juga perlu membantu memikirkan bagaimana untuk menangani serta mengatasi masalah dan isu berkenaan, para amil di Perlis yang amat dekat dengan masyarakat setempat juga dialu-alukan untuk menyumbangkan idea dan pandangan terhadap isu-isu semasa ini," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penghargaan Amil Zakat MAIPs 2019’ yang diadakan di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong, Kampung Wang Besar, Kangar petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs turut menambah bahawa demikian adalah sebahagian daripada apa yang telah dititahkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Majlis Iftar Jamaie Ahli-ahli MAIPs yang bermastautin di ibu negara bersama baginda yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tanggal 7 Mei lalu, untuk dijadikan sebagai renungan, motivasi, tindakan dan perhatian semua di negeri Perlis ini.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda mahu melihat para amil di negeri Perlis melipatgandakan lagi usaha untuk menjadi ‘mata dan telinga’ malah sebagai ‘mulut dan tangan’ bagi pihak MAIPs, termasuklah untuk menyedarkan ahli masyarakat kepada tanggungjawab-tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan di dalam kehidupan mereka dan kepada agama Islam.

"Oleh itu, para amil juga harus menggalas amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan sebaiknya," titah baginda.

Tambah baginda, ahli Majlis dan AJK-AJK Kecil MAIPs juga disaran untuk mencari jalan bagaimana untuk membantu mempertingkatkan lagi imej negeri supaya menjadi lebih baik dalam segenap aspek termasuklah juga para amil dalam sama-sama memberikan galakan, kesedaran kepada masyarakat khususnya berkaitan tanggungjawab berzakat dan menaikkan imej dari segi jumlah kutipan zakat di negeri ini.

"Merujuk titah Tuanku Raja, ‘Agenda negeri haruslah lebih tinggi dan mengatasi segala agenda peribadi dan sektorian’. Ini harus dijadikan sebagai peringatan kepada para amil dan kita semua, seterusnya matlamat bagi mengeluarkan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan hendaklah menjadi keutamaan kepada MAIPs dan juga para amil," titah baginda.

Majlis itu disusuli dengan program “Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-37 bagi tahun 2019’ untuk singgah memberi bantuan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih disusuli para ahli kayuhan singgah di Pasar Ramadhan Bintong untuk membeli juadah berbuka sambil mempromosikan penggunaan mangkuk tingkat atau ‘sia’ kepada masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE