Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berkenan Mengadakan Majlis Berbuka Puasa Di Istana Arau

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Perlis Berkenan Mengadakan Majlis Berbuka Puasa Di Istana Arau

/ Archive MAIPs / Tuesday, 20 June 2017 22:28

ARAU, 20 Jun 2017 (Selasa) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan meraikan ketua-ketua jabatan dan pengamal media di negeri ini dalam majlis iftar di Istana Arau malam tadi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat ke majlis itu. 

Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah Tengku Rashid turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim, empat pesara istana dan tujuh pengamal media yang hadir.

Pada majlis itu baginda menyampaikan replika cek RM4.78 juta sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan sebagai bantuan kepada 21 institusi pendidikan Islam di Perlis.

MAIPs turut menyumbang RM1 juta kepada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Replika cek disampaikan Tuanku Syed Sirajuddin kepada Rektor KUIPs Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.

Baginda bersama-sama jemputan turut menunaikan solat terawih yang turut dihadiri Menteri Besar Darut Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE