Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tahniah KUIPs budayakan penyelidikan hingga tembus ke luar negara – Pemangku Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Tahniah KUIPs budayakan penyelidikan hingga tembus ke luar negara – Pemangku Raja Perlis

Tahniah KUIPs budayakan penyelidikan hingga tembus ke luar negara – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 05 September 2024 11:22

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di atas usaha membudayakan aktiviti penyelidikan, perundingan, persidangan, penerbitan dan pengkomersialan bukan hanya dalam Negara, malah telah menembusi di peringkat ASEAN dan juga Timur Tengah.

 

Baginda selaku Canselor KUIPs bertitah, dengan inisiatif pengenalan anugerah-anugerah berteraskan penyelidikan dan inovasi pada Majlis Apresiasi kali ini akan mampu meningkatkan lagi motivasi warga kerja KUIPs, terutamanya bahagian akademik lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pembangunan latihan sangat penting bagi melahirkan pengurusan yang cemerlang, cekap dan kompeten dalam melaksanakan tugas.

 

Dalam pada itu Baginda juga menekankankepada semua bahawa betapa pentingnya untuk KUIPs mempunyai pelan pembangunan bakat.

 

LANGKAH YANG BAIK

 

“Beta amat bersetuju dengan perancangan Pengurusan Eksekutif KUIPs dalam mewujudkan Pelan Penggantian. Ia adalah langkah yang baik dalam melahirkan pemimpin muda yang berpengetahuan, berkemahiran, dan mampu memegang jawatan strategik di masa hadapan,” titah Baginda.

 

 

 

 

Baginda bertitah demikian semasa menyempurnakan Majlis Apresiasi Staf 2023 KUIPs di Hotel Putra Regency, Kangar.

 

Berkenan hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Terdahulu Pemangku Timbalan Rektor Akademik Prof Dr Basri Ibrahim yang mewakili Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang membacakan teks ucapan, sebanyak lapan anugerah diperkenalkan pada tahun ini termasuk dua anugerah baru yang diwujudkan iaitu Anugerah Cemerlang Staf Akademik Dalam Skop Penyelidikan dan Inovasi dan Anugerah Penjawat Cemerlang.

 

MOTIVASI YANG BERHARGA

 

Bagi Anugerah Cemerlang Staf Akademik Dalam Skop Penyelidikan dan Inovasi yang diperkenalkan adalah bagi memberi pengiktirafan dan motivasi yang berharga atas usaha individu yang memacu kemajuan dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi di kampus ini.

 

Katanya, bermula 2019 pihaknya telah menetapkan hala tuju KUIPs yang baharu bagi Teras Dua Pelan Strategik iaitu Penyelidikan Berimpak dan Berkualiti menjelang 2025.

 

“Alhamdulillah, sehingga tahun 2023 kita telah meraih pelbagai kejayaan menerusi pemerolehan geran penyelidikan Dana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), geran penyelidikan dana Antarabangsa, projek-projek perundingan yang berjumlah lebih daripada RM100,000,” katanya.

 

 

 

 

 

Beliau menambah melalui dana-dana geran penyelidikan yang telah diperolehi, KUIPs berjaya menghasilkan penerbitan ilmiah berindeks SCOPUS, WoS, ERA, berwasit serta kertas-kertas polisi sebanyak 402 penerbitan.

 

Tambahnya lagi, penerbitan-penerbitan yang dihasilkan juga adalah kolaborasi bersama pihak industri, institusi luar negara terutamanya Asia Tenggara yang telah menonjolkan bidang kepakaran KUIPs serta keterlihatan KUIPs di peringkat global.

 

MENERIMA SATU BINTANG

 

Dalam pada itu pada tahun 2022 juga buat pertama kalinya, KUIPs berjaya melayakkan diri untuk menerima satu bintang bagi Penilaian Penyelidikan Malaysia atau Malaysian Research Assessment (MyRA) selain kemajuan bidang penyelidikan dan inovasi yang ditonjolkan dengan penganjuran International Conference dan KUIPs Innovation, Invention & Design Competition (KIID2023).

 

Seramai 40 kakitangan KUIPs menerima anugerah pada majlis ini.

 

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle diumumkan penerima Anugerah Geran Penyelidikan Antarabangsa, Anugerah Sitasi Tertinggi dan Anugerah Pakar Rujuk manakala Muhamad Husni Hasbullah menerima Anugerah Geran Penyelidikan Kebangsaan.

 

Bagi Anugerah Perunding Cemerlang pula ialah Muhammad Haziq Hassan, Anugerah Penerbitan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Prof Madya Dr Ahmad Shabudin Ariffin dan Anugerah Buku Terlaris: Buku Karya Asli pula Prof Dr Basri Ibrahim.

 

Penerima lain ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (14), Anugerah Pendidik Cemerlang (1), Anugerah Cemerlang Staf Akademik dalam Skop Penyelidikan dan Inovasi (7), Anugerah Pentadbir Cemerlang (5), Anugerah Sokongan Cemerlang (6), Anugerah Jabatan/PTj (1), Anugerah Fakulti Cemerlang (1) dan Anugerah Penjawat Cemerlang (5). – JM

 

Jendela Madani

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE