Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sumbang Lebih RM4 Juta Kepada Institusi Pendidikan Islam

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPs Sumbang Lebih RM4 Juta Kepada Institusi Pendidikan Islam

/ Archive MAIPs / Sabtu, 24 Jun 2017 22:28

KANGAR, 24 Jun 2017 (Sabtu)  - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM4.785 juta khusus untuk institusi pendidikan Islam di negeri ini. MAIPs dalam kenyataannya hari ini memberitahu sumbangan berkenaan akan dimanfatkaan kepada 21 institusi pendidikan Islam di Perlis pada tahun ini berbanding RM2,570 juta pada tahun lepas.

Raja Muda PerlisTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada para mudir dan wakil institusi-institusi terlibat di Masjid Alwi di sini, semalam.

Mengiringi baginda, anakanda bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri, Datuk Khairi Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara institusi pendidikan Islam yang menerima peruntukan tersebut membabitkan tujuh sekolah rendah, empat sekolah menengah, lapan maahad tahfiz dan dua institusi pengajian tinggi.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan bagi tahun 2016 syarikat Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) kepada MAIPs sebanyak RM74,820 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.