Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penduduk Kampung Merotai Teruja Sambut Kedatangan Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penduduk Kampung Merotai Teruja Sambut Kedatangan Raja Muda Perlis

Penduduk Kampung Merotai Teruja Sambut Kedatangan Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 Mei 2019 08:20

TAWAU, 20 Mei 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menjadi kerabat diraja pertama di negara ini mencemar duli berkunjung menyantuni penduduk di Kampung Merotai di sini.

Ketibaan tuanku di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Hidayatul Iman di sini disambut meriah oleh kira-kira 500 penduduk pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam titahnya, tuanku menyeru penduduk setempat memelihara perpaduan agar keharmonian yang terjalin sekian lama dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Selain itu, katanya peliharalah juga hubungan sesama anggota keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat.

"Ini supaya kita sentiasa berada di dalam kerukunan, aman dan damai dengan sentiasa bersikap terbuka serta menerapkan sikap saling hormat menghormati dalam masyarakat yang hidup harmoni, berbilang agama, kaum, budaya dan adat resam," titahnya, di sini, semalam.

Dalam pada itu, baginda turut menyeru agar warga Merotai turut sama menjadi sukarelawan dan sukarelawati dengan menyertai Askar Wataniah dengan berlatih dan berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara.

"Sayangilah tanah air dan berkorbanlah jiwa dan raga untuknya, dan ingatlah bahawa tugas membangunkan daerah Merotai ini juga tidak terletak di bahu para pemimpin sahaja.

"Semua penduduk turut terlibat sama dalam pembangunan dan menaikkan nama baiknya dengan menjaga hubungan sesama penduduk, menjaga keamanan, keselamatan, mempamerkan kecemerlangan di dalam bidang pendidikan, sukan dan sebagainya. Bak kata pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,"titahnya.

Baginda juga berharap agar semua pihak meneruskan usaha ke arah mengekal dan mempertahankan keutuhan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama di negeri dan negara tercinta.

Dalam majlis berkenaan,tuanku yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 2,000 untuk aktiviti dakwah masjid berkenaan serta sumbangan makanan kepada penduduk setempat.

Turut hadir, Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

 

Sumber daripada Sinar Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE