Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sentiasa Pelihara Kerukunan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Sentiasa Pelihara Kerukunan - Raja Muda Perlis

Sentiasa Pelihara Kerukunan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 Mei 2019 09:20

TAWAU, 20 Mei 2019 (Isnin) - Peliharalah hubungan sesama anggota keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat supaya kita sentiasa berada di dalam kerukunan, aman damai.

Pada masa yang sama, perpaduan sesama penduduk setempat perlulah sentiasa dijaga dan dipelihara sebaiknya agar keharmonian yang terjalin sekian lama ini dikekalkan buat selamanya dan bakal diwarisi oleh anak cucu kita suatu masa nanti.

Ingatlah juga bahawa tugas membangunkan sesebuah kawasan itu tidak terletak di bahu para pemimpin sahaja.

Semua penduduk turut terlibat sama dalam pembangunan dan menaikkan nama baiknya dengan menjaga hubungan sesama penduduk, menjaga keamanan, keselamatan, mempamerkan kecemerlangan di dalam bidang pendidikan, sukan dan sebagainya. Bak kata pepatah “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat’ yang diadakan di Masjid Hidayatul Iman Merotai, Tawau, Sabah petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah serta kepimpinan masyarakat setempat dan juga anak-anak kariah masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpengkalandi Kem Bukit Keteri Perlis turut berharap agar semua pihak meneruskan usaha ke arah mengekal dan mempertahankan keutuhan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama di negeri dan negara tercinta ini.

Terdahulu daripada itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah kepada sekalian yang hadir.

Tuanku Raja Muda Perlis berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau dari KLIA2 untuk memulakan ‘Lawatan Tahunan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (Eks PERBAH) 2019’ pada petang semalam.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.