Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Berkenan Lawat Hospital Trang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Puan Muda Perlis Berkenan Lawat Hospital Trang

/ Archive MAIPs / Ahad, 14 Januari 2018 23:28

 

TRANG (THAILAND), 14 Jan. 2018 (Sabtu) - Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melawat wad kanak-kanak di Hospital Trang (HT) di sini, hari ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam dan menyampaikan sumbangan hamper kepada lebih 30 kanak-kanak yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Keberangkatan baginda disambut Pengarah HT Dr Jirawan Arayapong, doktor dan pakar kanak-kanak serta kakitangan hospital.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah berada di wilayah Trang sempena program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Program tiga hari bermula Jumaat itu merupakan platform perkongsian pintar dalam pelbagai bidang antara Majlis Agama Islam Perlis dengan Majlis Agama Islam enam Wilayah Andaman, Thailand, di samping mengeratkan hubungan dua hala Perlis dan negara jiran itu.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE