Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berbasikal 20 Kilometer, Jejak Asnaf Di Trang

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Berbasikal 20 Kilometer, Jejak Asnaf Di Trang

/ Archive MAIPs / Ahad, 14 Januari 2018 00:28

TRANG (Thailand), 14 Jan. 2018 (Ahad) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berbasikal sejauh 20 kilometer untuk menjejak asnaf serta melawat beberapa sekolah di wilayah ini.

Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli itu turut disertai putera baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Kira-kira 50 orang menyertai kayuhan itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan kepada enam asnaf dan pengurusan tiga sekolah yang disantuni baginda semasa kayuhan itu. 

Kayuhan itu adalah bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Trang selama tiga hari bermula Jumaat lepas yang turut mendapat kerjasama enam Majlis Agama Islam (MAI) di Wilayah Andaman, Thailand.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.