Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPs Guna Buku Syeikh Muhammad Abd. Hadi Untuk Pengajaran Akidah

/ Archive MAIPs / Khamis, 18 Januari 2018 02:28


KANGAR, 18 Jan. 2018 (Khamis) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menggunakan buku berjudul ‘Mercu-Mercu Kegemilangan Ahli Sunnah Wal Jamaah’, hasil karangan oleh Syeikh Muhammad Abd. Hadi Al Misri sebagai teks dalam pengajaran akidah di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini.

Keputusan itu dibuat melalui Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam MAIPs mengenai buku tersebut pada 7 Januari lalu dan telah dipersetujui oleh ahli-ahli majlis MAIPs dalam mesyuaratnya pada 12 Januari lalu.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sehubungan itu mahu semua masjid, surau dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini agar sentiasa patuh terhadap peraturan dan ketetapan yang telah dibuat oleh MAIPs.


“Pada masa sama, beta juga mahu setiap maahad tahfiz mematuhi segala peraturan serta undang-undang dan terikat dengan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Perlis,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs.


Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan beberapa buah naskah buku ‘Mercu-Mercu Kegemilangan Ahli Sunnah Wal Jamaah’ itu sebagai simbolik kepada Mudir Maahad Tahfiz Al Barakah, Sempering, Ali Ablah di pekarangan maahad tahfiz tersebut di sini, semalam.


Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias yang merupakan salah seorang ahli majlis MAIPs dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.


Majlis tersebut diadakan bersempena Program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan Ke-5 bagi 2018 yang bermula dan berakhir di Masjid Al Amin, Sempering.


Baginda dan peserta kayuhan terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan turut menziarahi sebanyak tiga buah rumah asnaf, seterusnya memberi sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 50 lagi asnaf di pekarangan maahad tahfiz tersebut.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.