Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (Peyatim) terima sumbangan MAIPs

/ Archive MAIPs / Jumaat, 19 Januari 2018 02:28

 

ARAU, 19 Jan.2018 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan sebanyak RM70,000 kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (Peyatim).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menyerahkan sumbangan berkenaan di rumah anak yatim tersebut di Jejawi di sini, semalam.

Majlis tersebut diadakan bersempena lawatan kerja Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Prof. Dr. Qaley Ali Oglu Allahverdiyev ke negeri ini selama tiga hari yang turut singgah di rumah amal tersebut sebagai sebahagian daripada program komuniti kemasyarakatan pihak kedutaan beliau.

Keberangkatan baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia negeri, Datuk Khairi Hassan dan Mufti negeri, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor, MAIPs turut memperuntukkan sumbangan kepada beberapa lagi buah rumah kebajikan di negeri ini bagi pelaksanaan aktiviti dakwah dan kemasyarakatan kepada golongan sasaran dan asnaf.

Tambah beliau lagi, sumbangan MAIPs kepada pihak Peyatim adalah di bawah peruntukan fisabilillah untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi rumah anak yatim pertubuhan berkenaan.

Dalam program yang sama Qaley turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada pihak kedutaan kepada pertubuhan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan merasmikan gelanggang sepaktakraw baharu di asrama pertubuhan itu.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.