Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Komuniti Porak-Peranda, Kacau Bilau Tanpa Integriti - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Komuniti Porak-Peranda, Kacau Bilau Tanpa Integriti - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 31 Januari 2018 05:28

 

KANGAR, 31 Jan. 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah sesebuah komuniti akan porak-peranda dan kacau-bilau jika tidak membudayakan integriti dalam kehidupan masing-masing.

Baginda bertitah, tanpa integriti, segagah mana pun empayar yang dibina akan tumbang seperti pengajaran yang dizahirkan dalam sejarah empayar Rom, Parsi, Sriwijaya serta empayar Melaka satu ketika dahulu.

"Ingin saya berikan contoh, bagaimana agaknya jika sempadan negara kita dijaga oleh orang-orang yang tidak amanah dan tidak berintegriti.

"Kita sering dengar pelbagai angkara akibat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan sempadan kita dibolosi oleh pelbagai pihak," titah baginda semasa berkenan menyampaikan Titah Integriti Diraja di Pusat Koreksional Perlis dekat sini.

Jerayawara itu dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, lebih merisaukan adalah akibat perbuatan segelintir yang 'menutupkan mata mereka', mungkin kerana telah disogok, boleh menyebabkan pelbagai anasir jahat menyelinap masuk ke dalam negara.

Titah baginda, tidak kira sama ada orang yang mengambil kesempatan daripada pemerdagangan manusia, pelacuran, dadah atau senjata api, ia akhirnya menyumbang kepada kemudaratan rakyat jelata keseluruhannya.

"Apa yang saya cuba ketengahkan ini adalah permasalahan yang mungkin dilihat sebagai perkara kecil bagi sesetengah pihak, tetapi jika diteliti, kita akan dapat melihat impak yang besar kepada kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian rakyat di negara ini.

"Semua ini jika tidak dibendung dari awal, sudah pasti ianya akan menyumbang kepada masalah dan malapetaka yang lebih besar, akibatnya, negara boleh hancur, punah dan musnah," tItahbaginda.

Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru setiap rakyat untuk kembali kepada ajaran agama masing-masing.

""Bagi orang Islam sudah tentu perlu menghayati al-Quran dan Sunnah Rasul dan hanya dengan kembali berpandu kepada ajaran agama yang sebenar, kita akan dapat melahirkan insan-insan yang bertakwa dan mengamalkan kebaikan di muka bumi ini," titah baginda.

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE